Tuesday 16 April 2013

Biskut Mazola aka Biskut Kacang

As salam. 
  • Semalam tiba-tiba terasa nak buat cookies. Terus teringat biskut ni yang arwah opah selalu buat bila nak raya(lambat lagi nak raya kome weh).  Biskut Mazola atau kadang-kadang ada jugak yang panggil biskut kacang. 



  • Nama biskut Mazola ni berasal daripada minyak jagung berjenama Mazola, salah satu bahan yang digunapakai dalam resepi biskut ni.
  • Tapi, kali ni saya guna minyak sayuran ataupun vegetable oil kata oghang putih gedeban.
  • Senang sangat nak buat biskut ni. Janganla bagi alasan takde masa la, tak sempatla, takde ovenla, takde mixer la(bercakap pasal diri sendiri).
  • Orang dulu-dulu deme takde oven, jadi deme goreng biskut ni macam arwah opah saya buat. Mixer canggih macam KitchenAid tu pun tak mandang. Deme gaul pakai senduk kayu tu je. Blender pun tak ada, tumbuk guna lesung batu. Sedap je rasanya. 
  • Abih tunggu apa lagi? Pegi la dapor cepat buat. Nah resepinya :)


Biskut Mazola

200g  Tepung gandum
150g  Gula halus ~ saya guna icing sugar :)
140ml Minyak jagung ~ minyak sayuran pon boleyyy
1/4 camca teh garam
200g + 50g  Kacang tanah
1 kuning telur + 2 tsp air

Cara-cara:
1.  Roast(bakor? panggang? entah) kacang tanah dalam oven 200deg c. Kalau nak goreng tanpa minyak pun boleh. Ketepikan lebih kurang 50g kacang tadi untuk hiasan.
Then, selebihnya kisar.

2. Ayak tepung & icing sugar together. Masukkan garam & kacang yang dah dikisar tadi. Gaul.

3. Masukkan minyak, gaul sampai jadi doh. 

4. Sediakan baking tray. Line your tray guna parchment paper atau butter.Preheat oven ke 180deg c.

5. Uli bulat-bulat(nak guna acuan pun boleh, akak malas tak sempat :P). Letak kacang, penyekkan.

6. Bakar sekejap dalam 8-10 minit. Keluarkan, sapu kuning telur. Bakar semula dalam 8-10 minit lagi. Selepas itu dah boleh ngap :D


Saiz & bentuk tak sama tu bukan comot tapi kreativiti tau. 
Haa nampak tak? Biskut majmuk. Baru meriah :P

Walaupun rupanya tak menawan sangat gorgeous, tapi rasa memang  melatop!


Sekian terima kasih untuk entri kali ini. Selamat mencuba ye. :) 

No comments:

Post a Comment